Followers

Sunday, 17 June 2012

membasmi kemiskinan


STRATEGIK MEMBASMI KEMISKINAN OLEH KERAJAAN

§  Usaha Individu
Seseorang boleh berusaha untuk menyelesaikan masalah kemiskinan yang dihadapinya oleh dirinya. Pada lazimnya seseorang itu dapat mengatasi kemisikinan dirinya menerusi pendidikan.
§  Penyedekahan
Penyedekahan merupakan satu cara yang baik untuk membantu golongan termiskin dalam masyarakat. Tetapi ia tidak dapat mengatasi masalah kemisikinan secara keseluruhan.
§  Pembangunan Ekonomi
Pembangunan ekonomi bermaksud penambahan barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan dalam pasaran di sesebuah negara. Pembangunan ekonomi merupakan cara yang paling berkesan untuk mengatasi masalah kemiskinan. Tetapi ia harus disertai dengan pengagihan pendapatan yang adil dalam masyarakat. 
Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa cadangkan pembangunan ekonomi sebagai faktor yang paling penting dalam mengatasi kemiskinan.
§  Pembangunan Masyarakat
§  Pasaran bebas
Milton Friedman dan lain-lain mencadangkan pasaran bebas untuk bagi pembangunan ekonomi dan mengatasi kemiskinan. Jika ada pembangunan ekonomi ada pula pengurangan kemiskinan. Jika KDNK tumbuh dengan 1% kemiskinan akan dikurangi dengan lebih kurang 1%

MENGHAPUKAN KEMISKINAN MELALUI PENDIDIKAN

sebagai komitmen bersama PBB untuk melihat komuniti dunia yang lebih baik. MDG mempunyai lapan matlamat iaitu :

1.Membasmi kemiskinan dan kelaparan.
2.Pendidikan rendah dapat dicapai sepenuhnya.
3.Kesaksamaan gender dan memperkasa wanita.
4.Mengurangkan kematian bayi.
5.Meningkatkan kesihatan ibu mengandung.
6.Menangani HIV/Aids, malaria dan pelbagai penyakit lain.
7.Mengekalkan alam persekitaran.
8.Membina jaringan global untuk pembangunan.

Sama ada kelapan-lapan matlamat ini dapat dicapai atau tidak pada tahun 2015, kemajuan sesetengah bidang masih perlahan. Terdapat usaha yang segera bagi menangani isu-isu ini khususnya kemiskinan.
D(1980) telah membuat ciri-ciri umum mengenai kemiskinan iaitu :

1.Kadar kemiskinan menurun dengan pendidikan.
2.Kadar kemiskinan paling tinggi dalam keluarga yang penjana ekonomi berumur 30-49 tahun.
3.Kadar kemiskinan lebih tinggi di kalangan wanita yang menjadi ketua isi rumah kecuali di Thailand.
4.Kemiskinan meningkat jika saiz keluarga semakin bertambah.
5.Kemiskinan berkurangan dengan bertambahnya penjana ekonomi keluarga.
6.Kadar kemiskinan tertinggi di kalangan mereka yang bekerja sendiri.

Masyarakat berpendidikan dapat menyumbang kepada proses pembangunan ekonomi negara dan secara tidak langsung mengurangkan kadar kemiskinan. Hal ini berbeza dengan masyarakat yang tidak mendapat pendidikan yang sempurna. Individu atau masyarakat yang berpendidikan akan lebih memahami keperluan mempunyai kesihatan yang baik dan pemakanan yang lebih baik daripada individu atau masyarakat yang kurang berpendidikan. Melalui pendidikan mereka akan diajar dengan pelbagai kemahiran asas kehidupan yang meningkatkan pemahaman terhadap elemen penting yang memberi kesejahteraan dalam hidup.aripada kajian di enam buah negara membangun (Brazil, India, Malaysia, Pakistan, Taiwan dan Thailand
),
Kajian yang dijalankan oleh Fong Chan Ong (1984) merumuskan empat ciri utama kemiskinan di bandar iaitu :

1.Taraf pendidikan yang rendah
2.Kekurangan peluang pekerjaan
3.Saiz keluarga yang besar
4.Kurang mendapat kemudahan sosial

Walaupun kajian ini berkaitan dengan kemiskinan di bandar, ia turut boleh diguna pakai bagi masyarakat luar bandar kerana pendidikan adalah kunci kepada kejayaan hidup. Peluang mendapatkan pendidikan di Malaysia adalah terbuka kepada semua orang. Kesedaran dan sensitiviti terhadap pendidikan akan memberi peluang bagi seseorang untuk menjawat jawatan yang lebih baik walaupun dalam saiz keluarga yang besar.

Kemiskinan akan menutup peluang sesuatu masyarakat untuk memajukan diri dan negara mereka. Kesedaran terhadap pendidikan akan memberi faedah yang sangat besar kepada negara untuk pembangunan yang lebih menyeluruh. Pendidikan yang secukupnya akan menjamin kehidupan pada masa yang akan datang.


MASALAH  UNTUK  MEMBASMI  KEMISKINAN
Kemiskinan boleh diklasifikasikan sebagai masalah sosial paling rumit berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Laporan Pembangunan Insan (Human Development Report) tahun 2006. Justeru, pelbagai usaha dilakukan untuk membasmi permasalahan ini di serata dunia.
Slim percaya, masalah kemiskinan dapat dibendung dengan menyelesaikannya bermula dari akar umbi iaitu melalui peluang pekerjaan.
Sekiranya masyarakat yang dilanda kemiskinan ini mempunyai sumber ekonomi dan pekerjaan yang tetap mereka akan dapat menyara kehidupan secara berterusan dan secara tidak langsung dapat melahirkan masyarakat yang lebih berdaya saing dan berjaya kelak.
Menurut Slim lagi, dalam tempoh 50 tahun lebih jutaan us dollar telah didermakan sama ada dari perseorangan atau pun badan-badan tertentu, tetapi masalah ini masih di tahap yang membimbangkan. Dengan itu, tidak mustahil masalah kemiskinan akan dapat dibasmi secara perlahan-lahan sekiranya mereka diberi peluang pekerjaan.
Namun, Jurutera Telekomunikasi yang juga seorang ahli perniagaan ini sendiri masih terus memberikan sumbangan kepada badan kebajikan yang ditubuhkannya dan juga Yayasan Bill dan Melinda Gates.
Seorang pakar ekonomi dan penulis buku “Dead Aid” pula melihat permasalahan ini dari perspektif Negara Afrika. Negara ini masih dilanda kemiskinan walaupun pelbagai bantuan telah diberikan. Jelas, sumbangan dan dana secara material semata-mata tidak mampu membasmi permasalahan ini.
Justeru, kedua-dua mereka percaya bantuan dan sokongan dana ini masih perlu diteruskan secara dengan mewujudkan peluang pekerjaan yang sesuai untuk mereka berbanding terus menyalurkan dana kewangan.

No comments:

Post a Comment