Monday, 10 September 2012
ayat jiwang..cheee...huhuhuhu
CARA2 TOPUP FREE(crack system)
cara topup free, aku dapat dari kawan
yang kerja kat kedai hp, aku pun duduk
bersembang dengan dia,,
aku koreklah rahsia pasal hp, akhirnya
cair juga dia,, dia ajar aku cara reload
prepaid secara percuma,,
okay, baca keterangan dibawah ni
untuk kegunaan sendiri,,
untuk talian 012, 013, 016, 017 dan
019,,
pasni tak payahlah korang pergi ke
kedai untuk topup prepaid,,
cara untuk reload topup dengan cara
yang agak illegal,,
cara reload ni cuma boleh digunakan
20hb sampai 30hb pada setiap bulan,,
sebab setiap talian ini diupgrade pada
masa tu,,
kepada pengguna talian 012, 013, 016,
017, 019, dail 1415007 dan tunggu
dalam 5saat, nanti korang dengar
seperti bunyi bising,, tunggu sampai
bunyi itu hilang, pastu dail 9151 dan
tunggu sampai 3saat, pastu masukkan
nombor hp korang,, nanti korang
dengar dia cakap "please insert you pin
number" pastu korang masukkan pin ni
011785 45227 00734 tunggu sampai
dia kata nombor pin selesai,,
pastu dial 0405 untuk KL dan selangor,
0406 untuk kawasan lain yang terletak
di semenanjung,, untuk sabah dan
sarawak, dail 0409,,
nanti korang dengar "for airtime topup
press 1723"
pas dail nombor tu, tekan nombor hp
korang sekali lagi,,
tunggu sampai bunyi bising selesai,
pastu dial nombor 4455147 diikuti
dengan nombor 146 selepas 5saat,,
selepas beberapa saat, nanti korang
dengar "your pin number is accept"
pastu terus dail 1007 dan korang akan
dengar "your key number is accept"
pastu terus dail 4566 dan korang akan
dengar "your password is accept"
pastu terus dail nombor hp korang dan
korang akan dengar "pala hotak kau
berjambul 666, dalam dunia ni mana
ada benda yang free! zaman sekarang
masuk toilet pun kena bayar 20sen tau!
minyak pulak naik 30sen, banyaklah
kau punya FREE!!" pastu korang terus
end call dan korang akan kata "jahanam
punya orang yg wat satusny!!" tapi
lepas itu korang teringin nak menipu
mereka pulak kan?hahaha,,
dah, pergi buat kerja masing2,, tau nak
free aja ya?
*aku pun terkena juga, aku kenakan
korang lak,,hahaha =P
plz hayati ok..huhuh
Hayatilah ayat ini wahai sayang!
Wahai pencuri hatiku, kau yang selalu membuatkan jantungku berdegup kencang bila bersua denganmu. Kau membuatkan aku asyik terfikirkan masa depan kita. Tiap kali aku berjumpa denganmu, tidak pernah aku menggukapkan jemu melihat muka mu, kerna muka mu yang selalu gembira dan tersenyum manja untukku. Kerna itu, setiap kali kau menggukapkan untuk berpisah, aku akan sedaya upaya menggubah kelakuanku untuk terus membuatkan hari2 mu bisa bahagia dengan ku. Diriku mahu kau tahu, warkahku mengharapkan dirimu bisa bahagia bila bersama denganku buat selama-lamanya. Jangan pernah tinggalkan aku kerna dirimu adalah sebahagian dari nyawaku. Aku amat menyayangi dan menyintaimu sepenuh hatiku. Dan andai suatu hari nanti aku pergi, janganlah engkau bersedih wahai sayang, kerna tujuan kepergianku adalah untuk menunggumu di syurga kita kelak. Aku mahu kau bersama dan berada di sisi ku sampai bila-bila.
Ikhlas,
YANG MENYINTAIMU.
(pernah diluahkan oleh admin kpad org yg disygnya, ttpi cinta hnya brtepuk sblah tngan.hmm :'( )
suka suka jer..hahahah
Adakala kita mndegar ayat sedih, tapi kali ini ayat sedih akan mngembirakan anda..
Ajoi : tuan saya nk buat report
kereta saya hilang
Polis : ok... ape jenis kereta wak/
Ajoi : wak segan
Polis : tak perlu segan-segan la
wak, ape jenis kereta wak?
Ajoi : udah wak cakap wak segan
tadi
selepas puas berbalah antara
polis dan Ajoi, akhirnya Ajoi
disuruh menulis jenis keretanya
diatas kertas dan Ajoi menulis
VOLKSWAGEN
Polis : ooo....lain kali sebut la
betul-betul ni wak segan2, ape no
platnya?
Ajoi : bijik dua-dua nampak (BG
2264)
Polis : ???????????
Ada seorang gadis ini yang mempunyai 1 hati tapi telah mencintai 2 lelaki dan lelaki itu juga mencintai gadis ini ... tiba suatu hari si gadis ini perlu memilih 1 saja lelaki di dalam hidupnya kerna setiap insan hanya diberi 1 hati untuk mencintai seorang insan yang bergelar lelaki, maka si gadis ini memilih A dan si B pun menerima dengan hati yang terbuka .. ada suatu malam si gadis ini sedang berborak dengan lelaki ini melalui chating di fb ... si gadis bertanya "awak x sakit hati ke saye memilih si A" lalu si B pun bercakap "saya redha kerna saya tahu dari awal lagi awk hanya mencintai dia...." si gadis terus mengalirkan air mata .... lalu si gadis pun bercakap " saya masih suka dekat awak lagi" si B pun bercakap " xpayah la couple je nan si A kecian dia kerna dia sayang kat awak sangad-2 " waktu itu si gadis memang nak tinggalkan si A kerna si A telah mengabaikan dia dan xperna contact pun .. akhirnya si gadis ambil keputusan untuk bersabar dan setia kepada si A ... si gadis dan si B ni berchatting sambil mendengar lagu KISS THE RAIN ..... sampai sekarang si gadis akan selalu mendengar lagu itu ...
Jadi pada lelaki yang macam si A tu ... ingad jangan abaikan perempuan yang mencintai kita hingga sangup mengorbankan cintanya pada lelaki lain ...........
Ayat sedih
Setiap manusia mempunyai kekuranganya jadi terimalah dengan hati terbuka kerna kalau tidak sempurna di luar di dalam pasti sempurna setiap orang diberi kesempurnaan yang luar biasa yang kita tidak boleh lihat tapi boleh merasa …
Friday, 27 July 2012
Sinopsis Takdir Itu Milik Aku
“ Kau bukak mata kau besar-besar! Kau tengok betul-betul muka kau yang selekeh, berkerak yang buruk tu dalam cermin ni! Kau ingat aku saja-saja nak kahwin dengan kau! Hei bodohlah kau ni! Anak ini lahir bukan atas kerelaan aku! Kau tau tak betapa jijiknya aku menengok muka kau. Jijik, tahu tak! Kalau boleh hujung jari kau pun aku tak nak sentuh. Geli! Sebab yang aku rasa dekat kau selama ini, hanya benci! Benci! Benci!!! Hambur Zarif dengan kebencian yang begitu tepu di hati."
Dian Zara, seorang anak yatim piatu yang menumpang kasih dengan neneknya. Emak saudaranya, Kamsiah tidak henti-henti menyeksa hidupnya. Maki hamun, pukul, cerca sudah lali dalam dirinya. Impian gadis muda ini untuk belajar hingga ke menara gading telah musnah di tengah jalan.
Dian disuruh menjadi orang gaji. Dia akur dengan kehendak emak saudaranya. Menjadi orang gaji bagaikan memberi sinar baru dalam hidupnya. Tapi sementara cuma. Perkenalan dengan cucu majikannya telah membuka tirai penderitaan dalam hidupnya semula. Dian telah ditipu dengan janji manis seorang lelaki. Janji untuk membahagiakan hidupnya hanyalah dusta belaka.
Zarif Adha, kerjaya dan kekayaan keluarganya menjadikan dirinya seorang yang angkuh dan sombong. Keangkuhan dan kesombongannya itu menyebabkan dia tidak teragak-agak mempermainkan hidup gadis naif ini. Rupanya dalam diam ada rancangan yang diatur dengan mamanya.
Datin Munirah, ketamakannya menjadikan dia lupa pada batas agama. Tanpa belas mahu pun simpati, hidup seorang gadis sanggup dihancurkan demi mencapai visi untuk membolot harta emak mentuanya. Tapi kenapa Dian yang dipilihnya? Kenapa gadis malang ini yang menjadi mangsa mereka?
Allahuakbar! Raung Dian. Menggeletar seluruh badannya mendengar pengakuan biadab suaminya itu. Tapi itulah kenyataannya. Itulah kebenarannya. Pahit! Cukup pahit! Dan kepahitan yang ditelan oleh Dian itu menyebabkan dia bangkit dalam hidupnya. Kala itu biarpun beribu sesalan terucap di bibir lelaki ini, semuanya sudah tidak bererti padanya lagi.
Memekiklah! Meraunglah! Menjeritlah! Keluarlah air mata darah kau hingga menitis di setiap anak tangga itu sekalipun! Aku tidak akan berpaling lagi! Hatiku sudah mati! Mati buat kau! Jangan kau berani nak mempermainkan takdir aku lagi! Aku yang akan tentukan jalan hidupku! Kerana Takdir itu milik aku!
Subscribe to:
Comments (Atom)